Translate

Sunday 29 April 2012

ISU FACEBOOK







Sudah muncul fatwa yang berasal dari Ulama Jawa Timur bahawa Facebook 
diharamkan. Tentunya fatwa ini agak mengejutkan para Facebooker di tanah air.
Namun sebenarnya kita harus berfikir sendiri mengapa fatwa ini bolah muncul.

Ada beberapa hal yang menyebabkan mengapa Facebook diharamkan, cuba baca siki...

1. Facebook boleh membuat kita mengabaikan anak (untuk kaum ibu dan bapa).



2. Facebook membuat kita tidak ingin meninggalkan komputer kita.



3. Facebook membuat kita tidak peduli dengan keadaan sekeliling kita.



4. Ketagihan Facebook boleh membuat tubuh kita kurus, kerana lupa makan:-)



5. Ketagihan Facebook tidak mengenal usia, sampai baby pun ikut jadi Facebooker.








Facebook ni sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. so,kita sebagai pengguna haruslah pandai menilai sendiri..kat bawah ni kami nyatakan serba sedikit...bacalah ya....
 
Kebaikan Facebook :

  1. Untuk  meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
  2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
  3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
  4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
  5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
  6. Membina komuniti  tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
  7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
  8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
  9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
  10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
  11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya
Keburukan Facebook :
  1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
  2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
  3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
  4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
  5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
  6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
  7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat






No comments:

Post a Comment